PASUKAN KERJA KAMI YANG BEKERJA KERAS UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP KEPADA ANDA.
Berpengalaman selama 6 tahun dalam menguruskan permohonan pinjaman perumahan dari Bahagian Perbendaharaaan Pinjaman Perumahan (BPPP, MOF) untuk kakitangan kerajaan khususnya samaada bagi tujuan pinjaman pembelian rumah, ubahsuai atau tanah.
Berpengalaman selama 7 tahun dalam penyediaan pelan struktur kejuruteraan dan bekerja sebagai jurutera projek bagi kerja-kerja pembinaan rumah.
Berpengalaman dalam menguruskan kerja-kerja pembinaan lebih 10 tahun. Dengan pengalaman yang luas, tahap ketelitian kerja beliau dapat menjamin hasil pembinaan kami agar kualiti dapat dijaga dan kepuasan pelanggan dapat diberikan.
Bertugas mengira kos projek-projek ubahsuai bagi memastikan setiap elemen penting dalam pembinaan diambil kira. Beliau memastikan bahawa harga bahan yang di gunakan amat sesuai dengan kualiti dan memenuhi permintaan pelanggan mengikut kos bajet ubahsuai yang diminta.

Bertugas mengira dan mengendalikan pengiraan struktur bangunan bagi memastikan rekabentuk struktur adalah selamat untuk dibina, satu aspek penting dalam mengendalikan pembinaan sesebuah bangunan.Juga bertugas sebagai pemantau kerja bagi memastikan setiap pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh jurutera pelan.

Menguruskan hal ehwal pemasaran dan dokumentasi permohonan pinjaman Bahagian Perbendaharaan Pinjaman Perumahan.
Juga berurusan dengan pemohon yang memerlukan khidmat syarikat.
Menerusi firma M.K Othman & Co yang telah ditubuhkan pada 2001 untuk memyediakan dokumen-dokumen guaman. Berpengalaman menguruskan permohonan Pinjaman Kerajaan lebih 5 tahun dan telah menyediakan dokumentasi sudah melebihi 1000 kes permohonan pinjaman perumahan dari BPPP. Boleh menghubungi beliau di talian 017-2245351 jika anda berminat untuk menggunakan khidmat guaman beliau.